Thursday, July 30, 2009




Bagaimana hendak mendorong orang2 untuk mengitar semula?


Beritahu kepada orang-orang yang kita harus kitar semula supaya negeri
kita tidak mengalami masalah tapak pembuangan dan melindungi alam sekitar.
Mengitar semula juga membawa keuntungan. Keuntungan yang didapati akan dibelanjakan
untuk kempen-kempen untuk kitar semula kertas dan sebagainya. Dengan mengitar semula
kita dapat mengurangkan kos pelupusan sampah dan mengurangkan jumlah isipadu sampah
di tapak pelupusan sampah.


Untuk menggalakkan orang ramai megitar semula dengan cara2 berikut ialah:

• Menghancurkan semua tin-tin dan simpan ke bangunan simpanan.

• Kumpul tin-tin aluminium dan memproseskannya menjadi bahan baru.

• Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam, membersihkan pantai, memotong rumput di tepi bendul jalan awam, memotong rumput di tempat awam dan mengalihkan bangkai tetapi tidak termasuk pelandakapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam.




loves; 12:27 AM




1) Cara-cara memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat

Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh
dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Ambil sedikit usaha untuk mengasingkan kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca.

2) Amalkan sistem yang mudah

Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong
atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan kitar semula.
3) Pilihan bekas

Anda boleh gunakan sebarang jenis tong atau beg.
Contohnya: kotak kadbod,
kotak kayu, bakul plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni, beg sampah plastik dan lain-lain

4) Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja

Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula. Di sekolah pelajar boleh diterapkan dengan sikap kitar semula kertas yang telah digunakan, plastik makanan di kantin dan tin minuman yang dibeli. Amalan ini akan dapat menjaga persekitaran sekolah daripada kekotoran.

5) Pastikan ia ringkas

Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar
semula selangkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda. Mahukah kita hidup kita seperti ini nanti !!! Kesimpulannya, Kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.


loves; 12:22 AM



KACA

Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan,
botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula.
Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU



ALUMINIUM

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman
boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH



KERTAS

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad,
sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah
dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.



PLASTIK

Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah,
beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin
dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong
kitar semula berwarna KUNING


loves; 12:18 AM



Apakah maksud kitar semula ?

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.
Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu
melalui proses kitar semula.


Apa kepentingan kitar semula ?

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia.
Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada
lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak
pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun,
tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?


2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran.
Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit.
Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.


3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada
terus mengancam kualiti kehidupan kita.


4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga.
• Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.

• Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan
4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan
satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas
akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara
hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

• Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

• Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.


Apakah bahan yang boleh dikitar semula ?

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar
semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.


loves; 12:10 AM



Apakah itu kitar semula?

Kitar semula adalah sesuatu proses yang melibatkan usaha mengumpul, memproses dan
menggunakan semula bahan-bahan yang sebelum ini, telah dianggap sebagai sampah sarap.

Kenapa kitar semula?

• Untuk memelihara ruang hidup kita.
• Untuk persekitaran yang lebih sihat dan bersih.
• Untuk mengurangkan pencemaran .
• Untuk menjimatkan kos.
• Untuk menjimatkan sumber kita.
• Untuk menjimatkan tenaga.
• Untuk menyelamatkan hutan.



Apakah cara-cara untuk kitar semula?

Kita hanya perlu mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula daripada sampah sarap
dari tempat kediaman kita atau premis perniagaan kita atau pejabat dan sekolah anda.
Kemudian, hubungilah syarikat pengutip bahan kitar semula.
Atau, kita boleh meletakkan bahan-bahan kita ke tong sampah kitar semula yang
telah disediakan. Ia boleh terdapat di estet perumahan anda,
di beberapa pusat membeli-belah atau sekolah anda juga. Kita hanya
perlu memasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam tong kitar semula mengikut
kod warna yang bersesuai.


Cara-cara untuk memulakan kitar semula di rumah, sekolah ataupun di pejabat?

1. Ubah cara anda membuang sampah.
Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan-bahan yang
boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Jika boleh, ambil sedikit usaha
untuk mengasingkan kertas, plastik, tin, aluminium, dan juga barangan kaca.

2. Amalkan sistem yang mudah.
Amalkan sistem yang mudah, dan harus dilakukan berterusan. Sediakan tong atau beg
di tempat-tempat yang strategik di rumah, pejabat mahupun di sekolah. Tong atau
beg tersebut boleh digunakan untuk menyimpan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

3. Pilihan berkas.
Anda boleh menggunakan sebarang jenis tong ataupun beg. Contohnya : kotak kadbod,
kotak kayu, bakul plastik dan rotan, tong sampah berpenutup, beg plastik, sarung guni
dan lain-lain.

4. Libatkan ahli keluarga dan rakan sekerja.
Amalan ini akan menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

5. Pastikan ia ringkas.
Tabiat lama memang amat sukar untuk dikiskis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur.
Yang penting, jangan beria-ia sangat dan jangan menggunakan kepaksaan. Seperti bak kata
orang, hangat-hangat tahi ayam. Kita boleh mengamalkan konsep kitar semula selangkah demi
selangkah.



loves; 12:06 AM


Wednesday, July 29, 2009


Tidakkah anda semua tahu bahawa pada setiap hari, kita telah menghapuskan 15000 tan sampah? Dengan membuang begitu banyak sampah, kini kita tidak mempunyai cukup ruang untuk menghapuskan sampah sarap tersebut.

Sedang kita begitu asyik membuang sampah, kita tidak pernah terfikir akan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah telah terjadi kepada sampah sarap kita sebaik sahaja ia dipungut. Kapasiti (capacity) tapak pelupusan ruang sampah kini, sudah semakin terhad. Pada waktu yang sama, kita terpaksa menghabiskan jutaan duit untuk menghapuskan sampah sarap tersebut. Lebih membimbangkan kembali, kini sudah mula timbul akan masalah pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan. Kini, sudah tiba masanya untuk kita semua menangani masalah ini sebelum terlewat. Kita harus fikir dahulu, sebelum membuang. Kita juga harus amalkan mengitar semula sebagai sebahagian daripada hidup kita.


loves; 11:55 PM


le femme

Diyana ,Deena ,Natasha dan Atifah.
3N2.

les copains

marchent l'entretien


ShoutMix chat widget

merci

Designer
Blogger
Blogskins
Brushes
Fonts
Image
Inspiration
Photobucket

ainsi hiers

July 2009