Thursday, July 30, 2009

Apakah maksud kitar semula ?

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna.
Bahan tersebut sebenarnya masih boleh digunapakai tetapi perlu
melalui proses kitar semula.


Apa kepentingan kitar semula ?

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia.
Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada
lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak
pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun,
tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?


2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran.
Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit.
Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.


3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada
terus mengancam kualiti kehidupan kita.


4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga.
• Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.

• Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan
4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan
satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas
akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara
hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

• Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

• Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan
sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.


Apakah bahan yang boleh dikitar semula ?

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar
semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.


loves; 12:10 AM


le femme

Diyana ,Deena ,Natasha dan Atifah.
3N2.

les copains

marchent l'entretien


ShoutMix chat widget

merci

Designer
Blogger
Blogskins
Brushes
Fonts
Image
Inspiration
Photobucket

ainsi hiers

July 2009