Tidakkah anda semua tahu bahawa pada setiap hari, kita telah menghapuskan 15000 tan sampah? Dengan membuang begitu banyak sampah, kini kita tidak mempunyai cukup ruang untuk menghapuskan sampah sarap tersebut.
Sedang kita begitu asyik membuang sampah, kita tidak pernah terfikir akan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah telah terjadi kepada sampah sarap kita sebaik sahaja ia dipungut. Kapasiti (capacity) tapak pelupusan ruang sampah kini, sudah semakin terhad. Pada waktu yang sama, kita terpaksa menghabiskan jutaan duit untuk menghapuskan sampah sarap tersebut. Lebih membimbangkan kembali, kini sudah mula timbul akan masalah pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu-isu keselamatan yang berkaitan.Kini, sudah tiba masanya untuk kita semua menangani masalah ini sebelum terlewat. Kita harus fikir dahulu, sebelum membuang. Kita juga harus amalkan mengitar semula sebagai sebahagian daripada hidup kita.